EXCO

EXCO: Kerja ganti paip usang 150km setahun

2 Nov 2020, 10:28 AM
EXCO: Kerja ganti paip usang 150km setahun

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerja penggantian paip usang di negeri ini hanya dapat dilakukan sepanjang 150 kilometer sahaja dalam tempoh setahun, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.

Jelasnya, peruntukan kewangan bukan sahaja disalurkan kepada penggantian paip tetapi turut perlu disalurkan kepada kerja penyelenggaraan loji rawatan serta pembinaan Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

"Saya faham permintaan wakil rakyat yang berharap supaya kerja penggantian paip dilakukan lebih cepat dan baik kerana mahu mengurangkan impak kepada rakyat.

"Namun kita kena terima hakikat, untuk menggantikan paip usang sepanjang 6,000km dalam sekelip mata adalah mustahil, ini kerana kos anggaran bagi satu kilometer paip dianggarkan RM1 juta," kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Selangor sudahpun menggantikan 400km paip usang sejak 2016.

Kerja penggantian itu memfokuskan kawasan berisiko tinggi termasuk lokasi kerap mengalami tekanan air tidak stabil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619