AGENSI

MB: Selangor Advance agih RM75 juta bantu PKS terjejas

2 Nov 2020, 6:30 AM
MB: Selangor Advance agih RM75 juta bantu PKS terjejas

SHAH ALAM, 2 NOV: Sebanyak RM75 juta di bawah skim pembiayaan tunai Selangor Advance diguna membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pembiayaan tersebut memastikan kelangsungan serta mengukuhkan daya saing perniagaan sekali gus menyelamatkan syarikat dan pekerja.

"Peruntukan RM75 juta dicairkan membantu kitaran ekonomi PKS mendepani cabaran semasa, selain turut memberi baucar pelancongan dan melaksanakan projek Rumah Selangorku dan IDAMAN bagi merancakkan ekonomi.

"Untuk meningkatkan daya saing rakyat pula, Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif e-Dapur, e-Bazar, Selangor Kerjaya, Roda Darul Ehsan, Rakan Digital dan pelbagai bentuk bantuan lagi," kata Dato' Seri Amiruddin Shari.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung inisiatif Kerajaan negeri untuk merancakkan ekonomi pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada 22 Jun Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif pembiayaan tunai Selangor Advance dengan dana permulaan RM100 juta bagi membantu PKS.

Sistem pembiayaan patuh syariah berkonsepkan Tawarruq membantu syarikat PKS dalam isu aliran tunai untuk meneruskan perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619