AGENDA

Sasar 45 emas pada Sukma Johor - EXCO

2 Nov 2020, 6:11 AM
Sasar 45 emas pada Sukma Johor - EXCO
Sasar 45 emas pada Sukma Johor - EXCO

SHAH ALAM, 2 NOV: Sebanyak 45 pingat emas disasarkan pada Sukan Malaysia (Sukma) di Johor tahun depan, kata EXCO pembangunan generasi muda dan sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata turut disasarkan ialah perak dan gangsa masing-masing 40 pingat.

"Pada awalnya, Sukma tahun ini dijadualkan berlangsung pada Julai lalu, namun ditangguhkan kepada April tahun depan.

"Antara persiapan kita menjelang tahun hadapan ialah atlet-atlet yang mempunyai kekangan berlatih di pusat latihan dan sebagainya akan menjalani latihan fizikal di rumah, namun dipantau oleh jurulatih masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sukma Johor 2020 yang ditangguh susulan penularan Covid-19 dijadualkan semula pada 6 hingga 14 Mac tahun depan manakala Para Sukma berlangsung bermula 5 hingga 10 April.

Pada Sukma 2018 di Perak, negeri ini menduduki tempat ketiga dengan 47 emas, 68 perak dan 67 gangsa. Emas pertama yang diraih melalui badminton berpasukan wanita.

Sementara pada Sukma 2016 di Sarawak, Selangor muncul juara dengan 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619