AGENSI

Yide beri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Taman Keramat

2 Nov 2020, 2:22 AM
Yide beri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Taman Keramat
Yide beri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Taman Keramat

GOMBAK, 2 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kecemasan kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Jalan Enggang 13, Taman Keramat kelmarin.

Agensi dalam kenyataan memaklumkan sumbangan wang tunai dan kit bantuan itu sebagai tanda prihatin dan meringankan beban mangsa terbabit.

“Terima kasih kepada penyumbang yang telah menderma melalui Tabung Dana Musibah Yide,” menurutnya sambil menambah sumbangan disampaikan Pegawai Kebajikan, Muhammad Zubair Azizan.

[caption id="attachment_448193" align="alignleft" width="325"] Pegawai Kebajikan Yide, Muhammad Zubair Azizan (kiri) menyerahkan sumbangan wang tunai dan kit bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran pada 31 Oktober 2020. Foto Yide[/caption]

Salah seorang mangsa, Musran Dollah, 59, berkata kejadian kira-kira jam 11 pagi pada 28 Oktober lalu menyebabkan struktur rumah hangus terbakar secara keseluruhannya.

Menurutnya, anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya memadam api marak namun pemilik dan penyewa rumah tidak sempat menyelamatkan barang peribadi.

“Kebakaran memusnahkan sebuah rumah teres paling hujung (corner lot) yang disewakan kepada empat keluarga lain.

“Buat masa ini, kesemua mangsa kebakaran ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) AU1A/2 bersebelahan Surau Azziah,” katanya dalam kenyataan sama.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian hotline Yide 017-7569476.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619