EXCO

Kembalikan bantuan khairat kematian, kebajikan rakyat diutamakan

1 Nov 2020, 2:51 AM
Kembalikan bantuan khairat kematian, kebajikan rakyat diutamakan

SHAH ALAM, 1 NOV: Bantuan khairat kematian yang diberikan semula adalah tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan rakyat.

EXCO kebajikan masyarakat berkata pemberian menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) itu jelas mengutamakan orang ramai yang mahu ia dikembalikan malah mampu meringankan beban ketika penularan Covid-19.

"Saya mengalu-alukan berita baik ini apabila Dato Menteri Besar mengumumkan bantuan khairat kematian diwujudkan semula. Pengekalan program baucar hari lahir yang sebelum ini menggantikan bantuan tersebut juga dihargai," kata V Ganabatirau kepada SelangorKini.

Program bantuan khairat kematian menyasarkan warga emas yang layak dan berdaftar tanpa mengira jantina, kaum dan agama.

Jumaat lalu, ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan program bantuan terbabit menerusi SMUE yang diberhentikan pada Mei 2019 akan disambung semula mulai tahun hadapan.

Justeru, sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) untuk menerima bantuan RM500 seorang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619