AGENSI

Jais benarkan akad nikah di pejabat agama bermula Isnin

30 Okt 2020, 2:42 AM
Jais benarkan akad nikah di pejabat agama bermula Isnin
Jais benarkan akad nikah di pejabat agama bermula Isnin

SHAH ALAM, 30 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) seluruh negeri bermula 2 November.

Pengarahnya berkata kelonggaran itu berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor sehingga 9 November.

Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan upacara itu boleh dilaksana dengan kehadiran dan jumlah janji temu terhad bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Kebenaran tertakluk kepada syarat pemohon lelaki dan perempuan telah mendapat kebenaran berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dari Paid.

[caption id="attachment_439847" align="alignleft" width="423"] Mohd Shahzihan Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Mesra Media Jais di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Hanya tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki dan perempuan serta wali, manakala hanya lima upacara dibenar dalam satu hari dari Isnin sehingga Jumaat (hari bekerja),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan menjelaskan kebenaran tertakluk kepada pasangan dalam Selangor dan pihak lelaki atau perempuan dari luar Selangor yang mendapat kebenaran rentas daerah atau negeri.

Beliau berkata cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari ketua pendaftar nikah, cerai dan rujuk sahaja akan diterima untuk dilaksana di pejabat agama.

“Janji temu bagi upacara akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi Paid untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” kata beliau lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619