AGENSI

Sepang rekod kes Covid-19 tertinggi, enam daerah zon merah

29 Okt 2020, 3:23 PM
Sepang rekod kes Covid-19 tertinggi, enam daerah zon merah
Sepang rekod kes Covid-19 tertinggi, enam daerah zon merah

SHAH ALAM, 29 OKT: Sepang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 59 kes, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data menunjukkan 49 kes dilaporkan di mukim Labu membabitkan 30 saringan pekerja diikuti saringan kontak rapat kes positif (15), saringan bergejala (tiga) dan saringan prapembedahan (satu).

"Lapan kes di mukim Dengkil dengan lima daripadanya melibatkan saringan pekerja manakala masing-masing satu kes saringan kontak rapat, saringan tempat kerja dan saringan swasta.

"Mukim Sepang pula merekodkan dua kes iaitu masing-masing satu kes saringan kontak rapat dan saringan pekerja," katanya.

Sementara itu, Petaling merekodkan 22 kes diikuti Hulu Langat (18), Gombak (17), Klang (11), Kuala Langat (lima) dan kes import (tiga).

Sebanyak enam zon masih dikategori merah melibatkan Sepang, Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak dan Kuala Langat, manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berstatus zon kuning.

Sehingga 12 tengah hari tadi, Selangor mencatat 4,495 kes wabak dengan 1,105 daripadanya aktif dan angka kematian kekal 26 orang.

Hari ini, jangkitan Covid-19 di negeri itu kembali tiga digit apabila mencatat 135 kes dengan dua kluster dikesan iaitu kluster Taman Laut dan kluster Bah Medan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619