AGENSI

Lebih 35,000 ikuti Selangor Berselawat secara langsung

29 Okt 2020, 9:09 AM
Lebih 35,000 ikuti Selangor Berselawat secara langsung

SHAH ALAM, 29 OKT: Program Selangor Berselawat semalam sempena Maulidur Rasul 1442H mendapat sambutan menggalakkan apabila diikuti lebih 35,000 pelayar internet.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata program secara langsung menerusi Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah turut diadakan di rumah ibadat dibenarkan.

"Alhamdulillah program berjalan dengan baik seperti dirancang. Masjid dan surau juga mengikut tatacara operasi piawai (SOP) sementara lebih 35,000 mengikutinya di Facebook,” kata Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan konsep siaran langsung secara maya mungkin diteruskan untuk program lain dan atur cara akan ditambah walaupun masjid dan surau dibuka semula selepas ini.

Program Selangor Berselawat dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, berselawat, bermunajat dan ceramah agama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619