AGENDA

MB: Peristiwa keputeraan Rasulullah sejarah agung sepanjang zaman

28 Okt 2020, 3:54 PM
MB: Peristiwa keputeraan Rasulullah sejarah agung sepanjang zaman

SHAH ALAM, 28 OKT: Dato' Menteri Besar menggambarkan peristiwa keputeraan Nabi Muhammad SAW sebagai sejarah maha agung yang merentasi sepanjang zaman.

"Hari ini, seluruh umat Islam memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

"Lantaran rahmat terbesar kelahiran seorang Rasul yang membuka gapura (pintu) kebenaran dalam perjalanan hidup di atas muka bumi ini," tulis Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Lazimnya, hari bersejarah keputeraan baginda setiap 12 Rabiulawal diraikan rakyat beragama Islam di Malaysia dengan pelbagai acara sempena memperingati Nabi Muhammad SAW termasuk mengenali lebih dekat kisah kehidupan serta keperibadian tinggi baginda.

Pada tahun ini, Maulidur Rasul jatuh pada Khamis, 29 Oktober dengan mengangkat tema "Ummah Rabbani Negara Harmoni".

Bagaimanapun, majlis sambutan yang juga dikenali sebagai Maulid Nabi peringkat kebangsaan tahun ini dijangka diadakan dalam suasana berbeza berikutan negara dilanda pandemik Covid-19 yang memerlukan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619