AGENDA

PKPB bersambung, pusingan keenam Cub Prix ditangguh

27 Okt 2020, 12:29 PM
PKPB bersambung, pusingan keenam Cub Prix ditangguh

SHAH ALAM, 27 OKT: Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Sepang hujung minggu ini terpaksa ditunda berikutan langkah kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Penganjur, Safe Aim Mutual Sdn Bhd berkata pengumuman tarikh baharu bagi perlumbaan pusingan keenam itu akan dibuat sebaik keadaan kembali stabil.

"Objektif utama adalah untuk menghabiskan musim 2020 selewat-lewatnya pada Disember atau Januari tahun depan.

"Kami meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan ini. Pada masa sama terima kasih kepada rakan kongsi serta penaja kejuaraan di atas segala kerjasama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas turut meminta orang ramai agar sentiasa mengikuti tatacara operasi piawai keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual berakhir hari ini dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 9 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619