AGENSI

PKPB: Penutupan Taman Eko Rimba Kanching, Chongkak dilanjut

27 Okt 2020, 10:24 AM
PKPB: Penutupan Taman Eko Rimba Kanching, Chongkak dilanjut
PKPB: Penutupan Taman Eko Rimba Kanching, Chongkak dilanjut

SHAH ALAM, 27 OKT: Tourism Selangor melanjutkan tarikh penutupan Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat kepada orang ramai bermula hari ini hingga 9 November.

Agensi memaklumkan penutupan sementara lokasi berkenaan selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kedua-dua taman eko rimba ini akan menyambung semula operasi bermula 10 November depan.

"Segala kesulitan yang timbul dari notis penutupan sementara ini adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort ditutup bermula 14 hingga 27 Oktober susulan PKPB dikuatkuasakan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619