AGENSI

Covid-19: Inisiatif khas LZS bantu 5,000 keluarga asnaf sementara

27 Okt 2020, 12:40 AM
Covid-19: Inisiatif khas LZS bantu 5,000 keluarga asnaf sementara
Covid-19: Inisiatif khas LZS bantu 5,000 keluarga asnaf sementara

SHAH ALAM, 27 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu 5,000 keluarga yang berdepan masalah ekonomi berikutan penularan Covid-19.

Ketua pengarah eksekutifnya berkata Bantuan Alternatif Insan Terkesan antara tiga hingga enam bulan menyasarkan asnaf sementara.

Saipolyazan Mat Yusop menjelaskan inisiatif itu dilaksana bulan ini dan dijangka berakhir tahun depan.

"Mereka yang terkesan seperti hilang kerja akibat penularan Covid-19 akan dibantu untuk beberapa bulan, namun selepas bekerja semula mereka akan dikeluarkan daripada senarai.

[caption id="attachment_438152" align="alignright" width="500"] Saipolyazan Mat Yusop berucap pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital LZS di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Bantuan juga berbeza mengikut keperluan dan semua penerima sudah dikenal pasti. Pelaksanaannya menggunakan dana sedia ada," katanya ketika dihubungi.

Susulan itu, Saipolyazan menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan memerlukan.

Mac lalu, LZS menyalurkan bantuan khas zakat Covid-19 sebanyak RM500 kepada 9,000 penerima dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf. Seramai 20,000 penjaja dan peniaga kecil serta keluarga miskin turut dibantu.

Agensi itu juga mengagihkan insentif khas RM1 juta kepada hospital kerajaan dan pusat kesihatan daerah, petugas hadapan serta pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619