AGENDA

PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan dua minggu

26 Okt 2020, 9:43 AM
PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan dua minggu

SHAH ALAM, 26 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual berakhir esok dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 9 November ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu mengambil kira penilaian risiko penularan Covid-19 di tiga kawasan terbabit.

"Penilaian risiko dijalankan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

"Tatacara operasi piawai (SOP) PKPB yang akan digunakan adalah mengikut (SOP) yang telah diumumkan sebelum ini," katanya pada sidang media hari ini.

PKPB dikuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619