AGENSI

Muzium Setem: Padat pelawa orang ramai sumbang koleksi

26 Okt 2020, 12:54 AM
Muzium Setem: Padat pelawa orang ramai sumbang koleksi

SHAH ALAM, 26 OKT: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) mempelawa orang ramai menyumbang koleksi setem untuk muzium yang sedang dibangunkan di Seksyen 14 di sini.

Unit perhubungan awamnya berkata muzium yang dijangka siap pada 2022 memerlukan koleksi setem dan filateli, peralatan serta dokumentasi sejarah perkhidmatan pos termasuk peta.

"Padat sedang giat mengumpul koleksi dari Malaysia dan dunia bagi pengisian muzium ini apabila ia siap dibina kelak, justeru kami mengalu-alukan sumbangan koleksi secara percuma, pinjaman atau sewaan," menurut agensi itu dalam kenyataan.

Menurut perbadanan itu, surat perakuan dan sijil penghargaan khas akan diberi kepada individu yang menyumbang koleksi secara percuma.

Orang ramai boleh melayari laman web www.padat.gov.my atau hubungi Pegawai Penyelaras Muzium Setem Abdullah Anas Abu Bakar di talian 03-55190050 atau 019-233 3554 untuk maklumat lanjut.

Muzium Setem itu, yang pertama di Selangor dijadikan pusat rujukan berkaitan sejarah perkembangan aktiviti pos dan filateli negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619