AGENDA

PKPB: Red Giants persiap harungi Piala Malaysia di Negeri Sembilan

24 Okt 2020, 1:30 PM
PKPB: Red Giants persiap harungi Piala Malaysia di Negeri Sembilan

SHAH ALAM, 24 OKT: Selangor menjalankan sesi latihan di Negeri Sembilan bagi membolehkan pasukan membuat persiapan menghadapi saingan TM Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung awal November hadapan.

Pemangku ketua jurulatih Michael Feichtenbeiner berkata tindakan itu membantu pasukan berlatih selepas semua aktiviti sukan bersentuhan tidak dibenarkan di Selangor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Pihak pengurusan FAS melakukan tugas yang baik untuk memberikan peluang untuk kami berlatih di luar Selangor. Persekitaran berbeza ini dapat memberi fokus yang baharu kepada pemain dan dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

"Latihan sebegini memang diperlukan kerana kami tidak dibenarkan menjalani latihan di Pusat Latihan FAS seperti biasa (latihan tanpa sentuhan). Ini juga merupakan kali pertama saya mempunyai lebih banyak masa bersama untuk mengenali mereka,” katanya di portal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Beliau menjelaskan sesi latihan ini membolehkan pemain kekal cergas dan memahami falsafah bola sepak yang ingin diterapkan selain memperkukuh semangat berpasukan menerusi beberapa aktiviti sepanjang kem latihan.

Dalam perkembangan sama FAS memaklumkan perpindahan lokasi latihan ini diluluskan pihak berkuasa dan semua pergerakan pasukan serta sesi latihan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat yang digariskan Kementerian Kesihatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619