AGENDA

Malaysia bakal terima bekalan vaksin Covid-19 suku pertama 2021

24 Okt 2020, 7:40 AM
Malaysia bakal terima bekalan vaksin Covid-19 suku pertama 2021

SHAH ALAM, 24 OKT: Malaysia dijangka memperoleh bekalan vaksin Covid-19 mulai suku pertama tahun depan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkata keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen.

"Setakat ini KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga," menurut kenyataan bersama kementerian terbabit hari ini.

Menurut kenyataan lagi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Katanya, kerajaan juga memuktamadkan rundingan dengan Covax yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (Gavi) dan menyediakan peruntukan kewangan bagi pembelian melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan.

"Kerajaan komited untuk mendapat keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619