AGENDA

Pejabat JPN di KL, Selangor ditutup hingga PKPB tamat

23 Okt 2020, 10:08 AM
Pejabat JPN di KL, Selangor ditutup hingga PKPB tamat

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan 15 pejabat JPN di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor ditutup sementara mulai hari ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan sementara pejabat JPN berkenaan adalah berikutan arahan PKPB.

Pejabat yang ditutup ialah JPN Kepong; JPN Bandar Tun Razak; JPN Seputeh; JPN Pelabuhan Klang; JPN Rawang; JPN Kota Damansara; JPN Taman Melawati; JPN Petaling; JPN Puchong; JPN Seri Kembangan; JPN Sepang; JPN Hulu Langat; JPN Sabak Bernam dan JPN Hulu Selangor.

Bagaimanapun pejabat JPN Cawangan UTC KL yang turut ditutup sementara, akan dibuka semula pada 28 Okt ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Putrajaya di talian 03-88807077 atau hantarkan e-mel kepada pro@jpn.gov.my, demikian menurut kenyataan tersebut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619