AGENSI

Warga asing bayar caj Bas Smart Selangor guna 'Tap to Ride'

23 Okt 2020, 8:44 AM
Warga asing bayar caj Bas Smart Selangor guna 'Tap to Ride'

SHAH ALAM, 23 OKT: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) bakal memperkenal sistem "Tap to Ride" sebelum akhir tahun bagi warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Pengarah urusannya berkata sistem pintar tersebut membolehkan pengguna membuat bayaran tambang melalui kad atau mengimbas kod QR yang disediakan sebelum menaiki bas.

"Penggunaan sistem ini membolehkan bayaran dibuat dengan lebih senang dan pantas, manakala warganegara hanya perlu menunjukkan kad pengenalan untuk menaiki bas secara percuma.

"Usaha SSDU selaras hasrat untuk mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta ke arah Negeri Pintar menjelang 2025," kata Dr Fahmi Ngah ketika dihubungi hari ini.

Pada 1 November tahun lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata caj RM1 dikenakan kepada warga asing yang menggunakan bas percuma itu bagi menyelenggara dan menambah laluan bas.

Sebanyak 130 buah Bas Smart Selangor beroperasi setakat ini di 41 laluan seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619