AGENDA

Darah jenis A kritikal, orang ramai diminta tampil derma

23 Okt 2020, 3:44 AM
Darah jenis A kritikal, orang ramai diminta tampil derma

SHAH ALAM, 23 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai terutama yang mempunyai darah kumpulan A tampil menderma bagi meningkatkan stok jenis tersebut.

Kementerian berkata situasi terkini negara menyebabkan bekalan darah semakin diperlukan bagi menampung keperluan pesakit pada setiap hari.

"Kepada penderma darah kumpulan darah A, kami tahu anda 'awesome', kami tahu anda 'amazing', kami tahu anda 'attractive'. Kami sangat memerlukan darah adiwira anda," katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut KKM, penderma boleh berbuat demikian di Pusat Pendermaan Darah Statik di:

- Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak pada Isnin hingga Jumaat (jam 7.30 pagi hingga 8 malam) atau Sabtu, Ahad dan cuti umum (jam 8 pagi hingga 8 malam)

- Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya pada Isnin hingga Ahad (jam 10 pagi hingga 6 petang)

- Donation Suite, Midvalley, Kuala Lumpur pada Isnin hingga Ahad (jam 10 pagi hingga 9 malam)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619