AGENDA

Ganjaran RM20,000 pemberi maklumat sungai tercemar

21 Okt 2020, 8:57 AM
Ganjaran RM20,000 pemberi maklumat sungai tercemar

SHAH ALAM, 21 OKT: Kerajaan Negeri menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada pemberi maklumat berkaitan dalang yang melakukan pencemaran sungai.

Dato' Menteri Besar berkata ganjaran tersebut diberi jika bukti dikemukakan membawa kepada penangkapan penjenayah alam sekitar serta disabitkan kesalahan di mahkamah.

"Pihak berkuasa tidak mungkin dapat memantau keadaan di sepanjang lembangan sungai pada setiap masa atau tempat, jadi kita memerlukan kerjasama masyarakat untuk salur maklumat.

"Kerajaan Negeri berharap inisiatif ini dapat menarik kerjasama semua pihak untuk bersama-sama mengatasi isu pencemaran sungai," kata Dato Seri Amirudin Shari pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Berhubung dakwaan pencemaran sungai yang kerap berlaku di Selangor kebelakangan ini, beliau berkata Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut.

Isnin lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran bau.

Susulan itu lebih 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619