AGENDA

MB: Lantik 20 kakitangan, bantu tingkat kecekapan urus air

21 Okt 2020, 7:51 AM
MB: Lantik 20 kakitangan, bantu tingkat kecekapan urus air

SHAH ALAM, 21 OKT: Lebih 20 kakitangan kontrak terdiri pelbagai latar belakang serta kemahiran bakal dilantik membantu operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Dato' Menteri Besar berkata lantikan tersebut diyakini meningkatkan kecekapan pengurusan air serta pemantauan di lembangan sungai di negeri ini yang berdepan kekangan kakitangan.

"Sudah tentu kakitangan yang dilantik perlu memiliki kemahiran atau kepakaran antaranya mengenai perjalanan operasi air, undang-undang atau aspek penguatkuasaan.

"Lantikan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan apa yang penting tindakan segera ini bertujuan membantu kakitangan sedia ada meningkatkan kecekapan operasi," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Beliau berkata pasukan operasi Air Selangor dengan dibantu Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (Luas) turut mendirikan tempat kawalan sementara di lokasi berisiko berlaku pencemaran sumber air.

"Pertambahan bilangan kakitangan dan kekerapan waktu rondaan membuktikan Kerajaan Negeri serius mengatasi isu pencemaran air di Selangor.

"Malah pemantauan 24 jam dilakukan terbukti berjaya mengurangkan risiko pencemaran dan ini dibuktikan apabila tiada kes pencemaran air direkodkan antara April hingga September tahun ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619