AGENDA

Belajar dalam talian kaedah selamat elak jangkitan Covid-19

21 Okt 2020, 6:19 AM
Belajar dalam talian kaedah selamat elak jangkitan Covid-19

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian adalah 'jalan selamat' bagi mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada masa ini, sekali gus mengekang penularan wabak Covid-19.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata proses penurunan ilmu tetap berlaku dan pentaksiran tetap dapat dilaksanakan melalui pembelajaran dalam talian.

"Walaupun tidak sebaik pembelajaran bersemuka, ini sahaja jalan selamat yang kita ada untuk mengelakkan penularan.

“Ilmu tidak semestinya boleh diperoleh di lapangan sahaja kerana ilmu boleh diterjemahkan dalam komunikasi dua hala secara dalam talian sebagai perkongsian proaktif dan dalam masa sama keselamatan diri terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Shatar, yang juga pengerusi Majlis Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia, berkata ia juga boleh dipakai dalam konteks penyelidikan kerana jadual dan kaedah penyelidikan akan menjadi lebih fleksibel.

Beliau berharap semua mahasiswa IPTA dapat bersabar mengharungi cabaran Covid-19 dan tenaga akademia (pensyarah) pula perlu bertolak-ansur serta memahami masalah capaian internet mahasiswa di luar kawasan bandar atau pedalaman.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619