AGENSI

Laporan berita palsu, MB nafi tegur Ebit Lew

20 Okt 2020, 10:45 AM
Laporan berita palsu, MB nafi tegur Ebit Lew
Laporan berita palsu, MB nafi tegur Ebit Lew

SHAH ALAM, 20 OKT: Dato' Menteri Besar memaklumkan tangkap layar laporan portal berita MalaysiaKini yang tular hari ini berhubung kenyataannya kepada seorang pendakwah bebas adalah tidak benar.

"Kenyataan berikut adalah palsu. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penafian juga telah dibuat oleh wartawan Malaysiakini," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Laporan berita bertajuk 'Air Selangor: Situasi terkawal, Ebit Lew jangan berlagak baik- MB' menjadi bualan warga maya susulan masalah bekalan air di negeri ini dan tindakan pendakwah tersebut mengagihkannya kepada orang ramai.

Bagaimanapun wartawan yang tertera namanya pada tangkap layar berkenaan, Aidila Razak menafikan ada menulis laporan itu.

Menerusi Twitter, beliau memaklumkan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619