AGENDA

Ringgit diniaga tinggi 4.1400/1450 berbanding dolar AS

20 Okt 2020, 2:23 AM
Ringgit diniaga tinggi 4.1400/1450 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot dalam dagangan lewat pada Isnin selain pedagang menilai pelan rangsangan Covid-19.

Rundingan rangsangan fiskal terus memacu hala tuju dolar AS, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1415/1465 semasa ditutup pada Isnin.

Hong Leong Bank Bhd, dalam nota berkata melihat ke hadapan, ia menjadi neutral ke atas ringgit berbanding dolar AS minggu ini, dijangka diniagakan pada sekitar 4.15 dalam julat yang luas antara 4.13-4.17, berdasarkan mata wang AS itu yang tertakluk kepada turun naik menjelang pilihan raya AS yang akan berlangsung kurang daripada tiga minggu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit terus mengambil petunjuk daripada prestasi yuan China.

“Dengan pelabur turut menilai data China baru-baru ini, yang bercampur-campur, ia dapat menjadikan keadaan kurang sukar untuk aliran masuk pasaran tempatan, terutamanya apabila kita hampir menghadapi risiko pilihan raya presiden AS.

“Dengan harga minyak jelas berada pada keluk Covid-19, ringgit mungkin perlu berhati-hati,” katanya.

Ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagang utama Malaysia itu menyaksikan pertumbuhan ekonominya sebanyak 4.9 peratus pada suku ketiga tahun ini, lebih cepat daripada 3.2 peratus dicatatkan pada suku kedua.

Bagaimanapun, ekonomi China berkembang kurang daripada jangkaan sebanyak 5.2 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0497/0536 daripada 3.0517/0556 pada Isnin dan naik berbanding pound kepada 5.3592/3674 daripada 5.3819/3900.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.9223/9274 daripada 3.9308/9367, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8732/8807 daripada 4.8679/8755.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619