AGENDA

Covid-19: Tiga lagi sekolah di Perak ditutup

19 Okt 2020, 6:30 AM
Covid-19: Tiga lagi sekolah di Perak ditutup

BAGAN SERAI, 19 OKT: Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 16 Okt lepas.

"Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi," katanya dalam sidang media hari ini.

Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak Covid-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.

Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619