ADN

Wakil rakyat gerakkan bekalan air bersih ke kawasan terjejas

19 Okt 2020, 5:22 AM
Wakil rakyat gerakkan bekalan air bersih ke kawasan terjejas

SHAH ALAM, 19 OKT: Dua lori membawa muatan 1,000 gelen air bersih digerakkan ke kawasan terjejas sekitar Pandamaran, Klang mulai malam esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Leong Tuck Chee berkata bekalan diutamakan kepada penduduk yang tinggal di perumahan bertingkat.

"Hari ini kita jangka semua penduduk masih mempunyai bekalan air. Sebab itu kita akan mulakan penghantaran esok sekitar jam 7 malam.

"Penduduk yang kehabisan bekalan boleh berhubung dengan ketua kawasan masing-masing supaya penghantaran lebih lancar dan sistematik atau melalui Facebook DUN Pandamaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ADN Kota Anggerik berkata pihaknya sudah menghubungi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) supaya bersedia menggerakkan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas.

"Melalui pengalaman sebelum ini, cara ini lebih berkesan. Kawasan yang kehabisan bekalan akan terus menerima air selepas aduan dibuat," kata Mohd Najwan Halimi.

Awal pagi tadi, pencemaran dikesan di Sungai Selangor hingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

Susulan itu, lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619