ADN

Air pasang besar di Morib terkawal, limpahan hanya di Taman Harmoni

17 Okt 2020, 5:28 AM
Air pasang besar di Morib terkawal, limpahan hanya di Taman Harmoni

SHAH ALAM, 17 OKT: Fenomena air laut pasang besar yang melanda di pesisir pantai hari ini menyebabkan limpahan air di atas jalan sekitar Taman Harmoni, Morib.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib bagaimanapun berkata keadaan tersebut adalah terkawal dan kebiasaannya akan surut dalam tempoh sejam.

"Kawasan dijangka terjejas bermula dari Pantai Morib sehingga ke Pantai Kelanang dan perumahan Taman Harmoni terletak paling dekat dengan kawasan pantai iaitu kira-kira 200 meter.

"Kita bersyukur kerana kawasan berhampiran perumahan masih banyak hutan bakau, jadi sekurang-kurangnya ia sedikit terlindung daripada menerima limpahan air yang banyak," kata Hasnul Baharuddin kepada SelangorKini hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah sentiasa bersedia dengan limpahan air laut sekiranya berlaku hujan lebat.

Sebanyak 52 kawasan di lima daerah, Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berisiko tinggi mengalami banjir akibat fenomena air pasang besar gelombang kedua bermula hari ini hingga Isnin dengan jangkaan paras air laut pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

Air pasang besar pertama kali berlaku pada 19 hingga 20 September dan gelombang ketiga dijangka berlaku pada 15 hingga 16 November depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619