AGENSI

Yide terima sumbangan RM30,000 biaya kompleks rumah anak yatim

16 Okt 2020, 12:08 AM
Yide terima sumbangan RM30,000 biaya kompleks rumah anak yatim

SHAH ALAM, 16 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan RM30,000 daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi membiayai pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim Pulau Indah, Klang.

Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide Md Arifin Jaafar berkata keprihatinan KSSB membantu yayasan itu menggerakkan kerja kebajikan di negeri ini.

"Sehingga kini, Yide berjaya mengutip sebanyak RM6.58 juta dan masih memerlukan RM3.47 juta lagi.

"Yide menyeru kepada orang ramai, syarikat korporat dan agensi berkaitan kerajaan untuk terus memuliakan anak yatim," katanya dalam kenyataan semalam.

Md Arifin berkata sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/.

Selain itu, ia juga boleh dibuat melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau aplikasi e-dompet Touch n Go dan Snap and Pay .

Sehingga September, seramai 7,500 anak yatim dan 17 rumah anak yatim di sekitar Selangor berdaftar secara rasmi di bawah yayasan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619