BERITA UTAMA

EXCO: Pendigitalan percuma bantu PKS tingkat urus tadbir pekerja

15 Okt 2020, 5:30 AM
EXCO: Pendigitalan percuma bantu PKS tingkat urus tadbir pekerja

SHAH ALAM, 15 OKT: Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK) yang diwujudkan Kerajaan Negeri membantu peniaga melaksanakan pendigitalan operasi syarikat.

EXCO pelaburan berkata program percuma selama tiga bulan bakal memberi pendedahan kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan kecekapan urus tadbir pekerja.

"Penyedia perkhidmatan sistem yang dilantik Kerajaan Negeri akan mengajar pemilik PKS untuk menguruskan operasi perniagaan dengan efektif dan berkesan secara digitalisasi.

"Rekod kehadiran pekerja, jadual pekerja, senarai tugasan pekerja, waktu pekerja mula bekerja tidak kira di mana berada dan pelbagai urusan lagi boleh dilakukan menerusi teknologi pintar," ucap Dato'Teng Chang Khim pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 secara maya hari ini.

Pada 1 Oktober, Chang Khim berkata syarikat sektor pembuatan yang mempunyai pekerja tidak melebihi 200 orang dan sektor perkhidmatan tidak lebih 75 orang layak menyertai program tersebut.

Beliau berkata program tersebut membantu meringankan bebanan kos dan meningkatkan produktiviti PKS di Selangor dalam melaksanakan urus tadbir pekerja secara digitalisasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619