AGENDA

Selangor tetap sasaran baharu pelaburan RM8.5 bilion tahun ini

15 Okt 2020, 1:00 AM
Selangor tetap sasaran baharu pelaburan RM8.5 bilion tahun ini

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri menyasarkan nilai pelaburan baharu RM8.5 bilion tahun ini, sesuai dengan kesan penularan Covid-19 di peringkat global.

Sasaran asal ditetapkan pada Januari lalu ialah RM12 bilion.

Bagaimanapun, EXCO pelaburan berkata di sebalik kelembapan ekonomi, sebanyak 122 projek bernilai RM3.3 bilion diluluskan dalam tempoh setengah tahun.

"Negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan atau PKP Bersyarat sejak Mac dan memadai jika Selangor berjaya mencatat nilai pelaburan RM8.5 bilion.

"Kita memerlukan nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM5 bilion lagi dan dengan usaha serta kerjasama semua pihak, kita mampu mencapainya," kata Dato' Teng Chang Khim pada sidang media secara maya semalam.

Selangor mencatat nilai pelaburan RM17 bilion tahun lalu dan kekal penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selama beberapa tahun.

Pada 2018, negeri itu mencatat pelaburan RM18.7 bilion, tertinggi dalam tempoh 30 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619