AGENDA

Peniaga minuman disaman MBSA terkejut dihubungi MB

12 Okt 2020, 6:55 AM
Peniaga minuman disaman MBSA terkejut dihubungi MB

SHAH ALAM, 12 OKT: Seorang peniaga minuman terkejut apabila dihubungi Dato' Menteri Besar selepas kisahnya yang disaman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tular di media sosial.

Zulqarnain Ibrahim yang juga mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata Dato' Seri Amirudin Shari memberinya kata-kata semangat berhubung situasi berkenaan.

"Menteri Besar hubungi saya menerusi Twitter serta sempat memberi kata-kata semangat dan motivasi. Memang saya sangat terkejut kerana pemimpin nombor satu negeri menghubungi saya sendiri.

"Tak sangka beliau amat prihatin dengan keadaaan yang menimpa saya. Bagaimanapun, saya berlapang hati menerima saman berkenaan kerana kakitangan MBSA juga melakukan tugas mereka," katanya kepada SelangorKini.

Remaja berusia 22 tahun itu berkata sebelum ini dia dan rakan hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian.

"Saya tidak pernah menjalankan perniagaan di tempat lain, semalam pertama kali kami berniaga di taman dengan meletakkan air jualan di bahagian belakang kereta, itupun untuk habiskan stok sahaja.

"Tetapi tak sangka pula kena saman, apapun kami tetap akan bayar saman berkenaan atas dasar tanggungjawab," katanya.

Menuntut dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Zulqarnain mula berniaga sejak Mei dengan menjual minuman dari Thailand menerusi Instagram @aroibanghq dan mampu menjual kira-kira 4,000 botol air dalam tempoh sebulan.

Semalam, beliau memuat naik video disaman MBSA ketika berniaga di sebuah taman dan kisahnya mendapat perhatian Amirudin.

Amirudin menerusi Twitter berkata beliau telah menghubungi Zulqarnain untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Saya juga telah menghubungi MBSA untuk membantu memudahcara urusan beliau untuk berniaga di sekitar Shah Alam."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619