AGENDA

Pengeluaran industri naik 0.3 peratus pada Ogos 2020

12 Okt 2020, 6:06 AM
Pengeluaran industri naik 0.3 peratus pada Ogos 2020

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus pada Ogos 2020 berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan IPP pada Ogos 2020 dipacu oleh pertumbuhan positif sebanyak 2.4 peratus dalam indeks pembuatan selepas mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus pada Julai 2020.

"Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Ogos 2020 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (6.9 peratus), kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (6.9 peratus) dan makanan, minuman dan tembakau (4.7 peratus)," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata indeks perlombongan dan elektrik, masing-masing menguncup 6.7 peratus dan 1.2 peratus pada Ogos 2020 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Kemerosotan dalam output sektor perlombongan disebabkan oleh penurunan dalam indeks minyak mentah dan kondensat (-5.0 peratus) dan indeks gas asli (-8.0 peratus).

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619