AGENDA

Covid-19 mampu hidup 28 hari pada permukaan kaca

12 Okt 2020, 3:56 AM
Covid-19 mampu hidup 28 hari pada permukaan kaca

SHAH ALAM, 12 OKT: Virus Covid-19 boleh hidup pada permukaan wang kertas, kaca dan keluli tahan karat sehingga 28 hari, lebih lama berbanding virus selsema.

Hasil kajian oleh CSIRO, badan penyelidik Australia, mendapati virus SARS-COV-2 tetap menular di permukaan licin seperti skrin telefon bimbit pada suhu 20 darjah Celsius, lapor Reuters.

Kajian yang diterbitkan dalam Virology Journal turut membandingkan virus Influenza A yang dapat bertahan di permukaan selama 17 hari.

"Menentukan berapa lama virus itu dapat bertahan membantu kita untuk meramal dan mengurangkan penyebarannya dalam melindungi penduduk negara ini," kata Ketua Eksekutif CSIRO Larry Marshall dalam kenyataan.

Penyelidikan itu melibatkan pengeringan virus pada lendir buatan di pelbagai permukaan dengan sampel diambil daripada pesakit Covid-19 dan diekstrak setelah sebulan.

Eksperimen yang dilakukan di persekitaran makmal terkawal pada suhu antara 20 hingga 40 darjah Celsius turut menunjukkan ketahanan virus menurun apabila suhu meningkat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619