AGENSI

Polis sahkan lelaki bergelang merah jambu ditangkap di Klang

11 Okt 2020, 2:14 AM
Polis sahkan lelaki bergelang merah jambu ditangkap di Klang

SHAH ALAM, 11 OKT: Seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu yang ditemui di stesen minyak Bukit Tinggi, Klang ditangkap polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata suspek berusia 30 tahun bekerja sebagai jurutera minyak di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober.

"Suspek yang juga warga tempatan tinggal di kawasan Klang. Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 3) 2020," katanya ketika dihubungi.

Semalam, tular di media sosial rakaman video seorang lelaki memakai gelang merah jambu, dipercayai dalam tempoh kuarantin berada di sebuah stesen minyak.

Menurut Bernama, rakaman tersebut menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan lelaki terbabit.

Susulan itu, Polis Klang Selatan segera bertindak mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan selepas mendapat pengesahan suspek bebas Covid-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619