AGENDA

Operasi Jabatan Laut Malaysia di Klang ikut SOP ketat

9 Okt 2020, 12:07 PM
Operasi Jabatan Laut Malaysia di Klang ikut SOP ketat

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Laut Wilayah Tengah, Pelabuhan Klang, yang terletak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beroperasi mengikut tatacara operasi piawai (SOP) norma baharu yang diperketatkan.

Pelanggan digalakkan berurusan secara sidang video/suara, e-mel atau panggilan telefon serta melayari sistem Jabatan Laut Malaysia secara dalam talian bagi perkhidmatan seperti perkapalan, pelaut dan pelabuhan melalui laman sesawang di pautan www.marine.gov.my

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan Institut Latihan Pengangkutan Laut (Matrain), Pulau Indah Klang bagaimanapun beroperasi seperti biasa kerana terletak di luar kawasan PKPB mukim Klang.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ibu Pejabat Jabatan Laut, Jabatan Laut Malaysia di talian 03-33467620, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah (03-31695100) dan Matrain (03-33265555) atau e-mel kepada korporat@marine.gov.my.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619