AGENSI

Masjid di Salak Tinggi ditutup selepas menteri disah positif

6 Okt 2020, 5:55 AM
Masjid di Salak Tinggi ditutup selepas menteri disah positif
Masjid di Salak Tinggi ditutup selepas menteri disah positif

SHAH ALAM, 6 OKT: Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ditutup sejak semalam selepas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Pengurusan masjid memaklumkan langkah itu diambil kerana menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) berada di situ pada 3 Oktober lalu.

"Dukacita dimaklumkan Masjid Jamek Sultan Hisamuddin ditutup serta merta mulai sekarang (semalam). Ini kerana Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad telah hadir ke masjid kita pada Sabtu lepas untuk memberi kuliah," katanya menerusi Facebook.

Pihak pengurusan masjid juga meminta jemaah yang hadir semasa kuliah dan sebelumnya menjalani saringan Covid-19 serta mendoakan semua terlibat sembuh dari wabak berkenaan.

[caption id="attachment_443353" align="alignright" width="456"] Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada wakil kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto: Twitter Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri[/caption]

Dr Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 melalui saringan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau dilaporkan berada di Sabah menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Selepas itu beliau pergi ke beberapa negeri dalam pelbagai program termasuk Selangor menghadiri beberapa acara.

Merujuk Facebook beliau, Dr Zulkfili pada 4 Oktober lalu hadir pada Majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Darussyifa' sesi 2020 dan Perasmian buku di Darul Quran, Kuala Kubu Baru.

Beliau juga hadir pada program Bantuan Musaadah Khas Siswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Bantuan Musaadah Khas Siswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Dr Zulkifli juga hadir pada perasmian penutup dan penyampaian hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Qur'an Peringkat Kebangsaan di Hotel Geno Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619