AGENDA

Menteri, individu sertai mesyuarat isu Covid-19 jalani saringan

5 Okt 2020, 10:55 AM
Menteri, individu sertai mesyuarat isu Covid-19 jalani saringan

SHAH ALAM, 5 OKT: Semua individu yang menghadiri mesyuarat khas Covid-19 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 3 Oktober sudah menjalani saringan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kontak rapat turut dikenal pasti dan diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah selama 14 hari serta memakai gelang pengawasan.

"Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan calitan bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

"Mereka yang bukan kontak rapat pula diminta memantau tahap kesihatan diri di rumah selama 14 hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Susulan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari selepas mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Dr Zulkifli, kelmarin.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619