AGENDA

MMA: Jangan lalai, Covid-19 masih wujud dalam komuniti

4 Okt 2020, 11:45 PM
MMA: Jangan lalai, Covid-19 masih wujud dalam komuniti

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Rakyat tidak boleh lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik Covid-19 kerana virus ini masih wujud dalam komuniti.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata pada satu ketika negara hampir bebas dari Covid-19, tetapi kealpaan masyarakat terhadap virus yang tersembunyi di dalam komuniti itu memungkinkan ia merebak semula.

"Walaupun kita diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik ini, tetapi kita tak boleh seronok, tak boleh lalai, ini rakyat kena faham, virus ini masih ada dalam komuniti, dan ia bukan tugas mudah untuk atasi (Covid-19)," katanya ditemu bual Bernama TV semalam.

Dr Subramaniam juga berkata sikap rakyat yang alpa terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan kegagalan mematuhi penjarakan fizikal juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pandemik itu, Dr Subramaniam berkata Covid-19 mungkin hanya dapat dicegah sepenuhnya dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

Beliau berkata tanpa vaksin dan ubat yang boleh merawat, ia bergantung sepenuhnya kepada kawalan kendiri masyarakat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian pandemik ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619