AGENDA

Guna air tasik tampung bekalan akibat loji henti tugas

4 Okt 2020, 3:55 PM
Guna air tasik tampung bekalan akibat loji henti tugas

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Negeri bercadang mengambil air Tasik Putrajaya bagi menampung bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan penilaian awal, bekalan sumber air tersebut mampu menampung keperluan sekurang-kurangnya tujuh hari.

"Kita pernah kemukakan cadangan ini jika berlaku pencemaran sungai, malahan telah buat hitung kira mampu bertahan lebih kurang tujuh hari.

"Dengan komitmen diberi menteri (Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) kita akan dapat atasi atau menampan masalah ini," katanya pada sidang media tadi.

Berhubung kos mengambil air tasik, Amirudin berkata Selangor akan berbincang dengan Kerajaan Pusat sekiranya ada kesepakatan kerana pencemaran sungai turut beri kesan kepada kawasan Putrajaya.

Sebanyak 274 kawasan membabitkan 309,687 akaun pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata langkah tersebut susulan pencemaran Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619