AGENDA

Selangor lancar Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

4 Okt 2020, 8:40 AM
Selangor lancar Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Negeri melancarkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan khusus membantu penuntut terkesan di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan peningkatan kes Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata program tersebut memfokus tiga kategori iaitu mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor dan mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.

"Kerajaan Negeri melalui Kaukus ADUN Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awal dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa KEADILAN dan Biro Mahasiswa AMK Malaysia.

"Pihak berkaitan sedang mengumpul maklumat untuk menyediakan tiga bentuk kemudahan iaitu pengangkutan kepada mahasiswa yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan serta pelitup muka dan cecair pencuci tangan," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan hari ini.

https://www.facebook.com/330451017046844/posts/3329677213790861/?vh=e&extid=0&d=n

Beliau berkata keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 menekan situasi kewangan mahasiswa dan berharap inisiatif Kerajaan Negeri dapat meringankan beban golongan tersebut.

Mahasiswa yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pautan:

- Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA

- Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB

- Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619