SELANGOR

DNS maya: ADN Muda Sentosa, Batu Tiga dipilih pembahas terbaik

3 Okt 2020, 3:56 PM
DNS maya: ADN Muda Sentosa, Batu Tiga dipilih pembahas terbaik
DNS maya: ADN Muda Sentosa, Batu Tiga dipilih pembahas terbaik

SHAH ALAM, 3 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Sentosa, Muhammad Mahdiyen Nafiz Mohd Azizi dan ADN Muda Batu Tiga Maizatul Akasha Meor Mohamed Hafiz dipilih sebagai pembahas terbaik program ADN Muda Virtual.

Muhammad Mahdiyen Nafiz, 15,  yang tampil sebagai belia termuda dalam program ini mengungguli sesi perbahasan Kluster Perkhidmatan Air manakala Maizatul Akasha memenangi sesi Kluster Ekonomi yang membolehkan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam itu berkata beliau tidak menyangka dipilih sebagai pemenang namun bersyukur dapat mempelajari banyak perkara baharu terutama mengenai perjalanan Dewan Negeri Selangor (DNS).

"Niat saya adalah menyuarakan pendapat dengan bertanya kepada jiran-jiran dan kenalan berkenaan apa yang perlu kita ketengahkan supaya ahli politik dengar (masalah rakyat),” katanya.

[caption id="attachment_442589" align="aligncenter" width="634"] ADN Muda Sentosa, Muhammad Mahdiyen Nafiz Mohd Azizi ketika Sesi Perbahasan Program ADN Muda Secara Maya di Dewan Annexe, Shah Alam pada 3 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada sesi pagi perbahasan, beliau mencadangkan pembinaan tangki air kecemasan di kawasan perumahan dan pengunaan teknologi khas untuk mengesan pencemaran sumber air.

Sementara itu, Maizatul Akasha,19, pula berkata melalui persidangan ini, beliau dapat mengetahui lebih banyak program dilaksanakan Kerajaan Selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Selain dapat rasai suasana duduk di dalam dewan (Negeri Selangor) walaupun bukan secara fizikal, saya juga  dapat tahu (sebenarnya) banyak inisiatif yang Kerajaan Negeri lakukan untuk rakyat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619