SELANGOR

ADN Muda Seri Serdang saran kekal kawasan tadahan hujan

3 Okt 2020, 5:28 AM
ADN Muda Seri Serdang saran kekal kawasan tadahan hujan

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri perlu mengekalkan kawasan tadahan hujan yang boleh membekalkan sumber air mentah jika berlaku henti tugas Loji Rawatan Air (LRA).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Seri Serdang berkata pembersihan tanah untuk pembangunan dan pertanian memberi tekanan kepada kawasan tadahan walaupun hujan serta pembenihan awan dilakukan.

“Saya mencadangkan supaya pembersihan tanah untuk pembangunan dan pertanian mestilah dielakkan 10 kilometer (KM) dari kawasan tadahan air hujan.

"Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada musnah,” kata Eshwarii Surendran ketika membahaskan usul Kluster Perkhidmatan Air pada Program ADN Muda Virtual di Dewan Annex, Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjelaskan kawasan itu penting untuk membekalkan air bersih kepada empangan sebelum disalurkan ke rumah dan premis perniagaan.

Selain itu, Eshwarii menggesa kadar denda ditingkatkan sekurang-kurangnya RM100,000 terhadap pesalah atau pemilik kilang yang mencemarkan sumber air.

Menurutnya, langkah ini penting supaya pencemaran air dan bau di LRA dapat ditangani serta krisis bekalan boleh dielakkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619