AGENDA

SELangkah ditambah baik, premis terdedah Covid-19 boleh dikesan

2 Okt 2020, 1:47 PM
SELangkah ditambah baik, premis terdedah Covid-19 boleh dikesan
SELangkah ditambah baik, premis terdedah Covid-19 boleh dikesan

SHAH ALAM, 2 OKT: Kerajaan Negeri menambah baik aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi kemudahan orang ramai mengesan premis terdedah dengan Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pengesanan menerusi ciri 'peta dan semakan premis' itu turut membolehkan pengguna mengetahui tarikh sanitasi premis bagi memastikan kunjungan mereka selamat.

Beliau berkata ciri kedua yang ditambah ialah 'semakan kendiri' iaitu boleh membuat semakan silang 'cross check' bagi mengetahui status premis dikunjungi mereka berisiko dalam tempoh kuaratin.

"Dalam masa terdekat, pengguna boleh memeriksa sama ada terdedah kepada individu lain yang telah disahkan menghidap Covid-19 menerusi SELangkah," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua peniaga di negeri ini mempamerkan poster aplikasi itu secara jelas supaya pengguna dapat mengimbas masuk menggunakannya.

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan SELangkah diwajibkan bagi premis kerajaan dan perniagaan, ia sebagai Syarat Tambahan Pembukaan Semula Ekonomi Selangor melalui pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 3 Mei lalu," katanya.

SELangkah mula diperkenalkan 4 Mei lalu bagi menjejak jangkitan virus di premis perniagaan atau pejabat bagi memudahkan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung.

Ia hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619