AGENSI

Kuis lahir lebih 24,000 graduan sejak 1995

2 Okt 2020, 8:47 AM
Kuis lahir lebih 24,000 graduan sejak 1995

SHAH ALAM, 2 OKT: Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) berjaya melahirkan seramai 24,213 graduan sejak ditubuhkan 25 tahun lalu.

Rektornya Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata kejayaan graduannya diiktiraf dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan mahupun swasta.

"Kecemerlangan ini sekali gus meningkatkan imej Kuis sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di bawah kelolaan Kerajaan Negeri yang terkemuka," katanya berucap pada Majlis Sambutan Jubli Perak ke-25 kolej itu di Pusat Konvensyen Kuis, Bangi hari ini.

Beliau berkata kolej itu turut berdepan pelbagai cabaran untuk menjadi institusi pendidikan yang menyediakan pengajian akademik berteraskan tauhid, sesuai dengan keperluan zaman.

"Usaha ini didokong pensyarah dan warga kerja yang memiliki sifat mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid. Memetik kata-kata Buya Hamka: “Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh”," kata Dr Ab Halim lagi.

Kuis yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ehsan memulakan operasi dengan menumpang di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jamaah, Seksyen 11 Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619