AGENDA

MB, Anwar ucap takziah pemergian Datuk Liew Vui Keong

2 Okt 2020, 7:48 AM
MB, Anwar ucap takziah pemergian Datuk Liew Vui Keong

SHAH ALAM, 2 OKT: Dato’ Menteri Besar menyampai ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia hari ini.

“Saya menerima berita dukacita ahli parlimen Batu Sapi telah meninggal dunia pagi ini.

"Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat beliau serta Parti Warisan Sabah. Semoga tabah mengharungi ujian berat yang menimpa ketika ini," kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Presiden KEADILAN menyampaikan ucapan sama dengan berkata jasa dan pengorbanan mendiang ketika menjadi menteri semasa pentadbiran Pakatan Harapan akan terus dikenang rakyat dan negara.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mendiang. Semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook.

Vui Keong pernah menjadi Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang menjadi komponen Barisan Nasional (BN) ketika itu, sebelum menyertai Warisan.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Datuk Seri Najib Razak pada 2009 hingga 2013.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619