AGENSI

Selangor catat 553 kes demam denggi pada minggu epid ke-39

1 Okt 2020, 5:50 AM
Selangor catat 553 kes demam denggi pada minggu epid ke-39

SHAH ALAM, 1 OKT: Sebanyak 553 kes demam denggi dilaporkan di Selangor bagi minggu epid ke-39 iaitu dari 20 hingga 26 September lalu berbanding 524 pada minggu sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu meningkat 5.5 peratus namun keseluruhan 38,865 kes dicatat setakat ini menurun 30.3 peratus iaitu 16,908 berbanding 55,773 pada minggu sama tahun lalu.

"Lima daerah utama mencatatkan kes demam denggi tertinggi ialah Petaling dengan 13,608 kes; Hulu Langat (8,091); Klang (6,440); Gombak (5,603) dan Sepang (2,198)," kata Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Beliau berkata, jumlah lokaliti wabak denggi aktif sebanyak 192 dengan 20 lokaliti 'hotspot', 14 wabak tidak terkawal, 148 wabak terkawal dan 10 wabak baharu.

"Sebanyak 36 kematian dilaporkan dalam tempoh ini iaitu penurunan 25 peratus (12 kes) berbanding 48 pada minggu sama tahun lalu," katanya.

Dr Sha'ari menyeru komuniti di kawasan kediaman dan tempat kerja supaya melaksanakan gotong-royong secara berkala dengan mengamalkan pendekatan norma baharu.

Katanya, semua takungan air tidak digunakan di persekitaran perlu dimusnahkan manakala bagi takungan kekal harus sentiasa ditutup atau diletak ubat pembunuh jentik-jentik dan diperiksa seminggu sekali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619