AGENSI

Team Selangor sumbang pek barangan untuk penumpang dari Sabah

29 Sep 2020, 12:56 AM
Team Selangor sumbang pek barangan untuk penumpang dari Sabah

SHAH ALAM, 29 SEPT: Sukarelawan Team Selangor menyediakan 500 pek barangan keperluan  untuk penumpang dari Sabah yang menunggu ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Dato’ Menteri Besar turut menyertakan dua keping foto bantuan berkenaan yang diserahkan kepada Malaysia Airports bagi tujuan berkenaan semalam.

"500 pek berupa makanan, minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk penumpang dari Sabah yang menunggu giliran menjalani ujian saringan," kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter semalam.

Sementara itu, Team Selangor menerusi tulisan sama berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu penumpang di sana.

Dua lapangan terbang utama negara sesak pada Ahad kerana proses saringan Covid-19 terhadap individu yang pulang dari Sabah.

Keadaan itu menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia menambah bilangan kakitangan dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619