PBT

MPKj sita lima lori, keluar 15 kompaun buang sampah haram

25 Sep 2020, 6:46 AM
MPKj sita lima lori, keluar 15 kompaun buang sampah haram

SHAH ALAM, 25 SEPT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita lima lori dan mengeluarkan 15 notis kompaun atas kesalahan membuang sampah di tempat tidak dibenarkan sehingga 18 September lalu.

Yang dipertuanya berkata tindakan diambil dalam operasi Gempur Pembuangan Sampah Haram dan jumlah sitaan berkurang berbanding Ogos lalu dengan tujuh lori.

"MPKj memanjangkan tempoh sitaan kali pertama daripada seminggu kepada sebulan bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

"Kita akan terus komited dalam membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram bagi memastikan ia dapat diselesaikan dan kualiti hidup masyarakat ditingkatkan," kata Dato' Zul-kefli @ Zulkefli Khalid ketika mempengerusikan mesyuarat MPKj hari ini.

Beliau menjelaskan tindakan sita dan kompaun diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 4 dan 13 (1) pembuangan, pemungutan dan pelupusan sampah sarap MPKj 2007.

Katanya, setakat ini MPKj telah menyita 71 lori dengan jumlah tertinggi direkodkan pada Januari iaitu 16 sitaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619