AGENDA

EXCO: Ketua jurulatih sementara Selangor diharap faham pemain, cipta kejayaan

22 Sep 2020, 1:30 PM
EXCO: Ketua jurulatih sementara Selangor diharap faham pemain, cipta kejayaan
EXCO: Ketua jurulatih sementara Selangor diharap faham pemain, cipta kejayaan

SHAH ALAM, 22 SEPT: Skuad Selangor dipimpin Ketua Jurulatih sementara Michael Feichtenbeiner diharap memahami barisan pemainnya bagi melakar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

EXCO Sukan berkata khidmat pengendali baharu penting bagi memulihkan kembali semangat skuad Gergasi Merah meneruskan momentum kejayaan pasukan itu.

"Kita menghormati keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menamatkan kontrak jurulatih yang ada (B Sathianathan) dan berharap pasukan dikendalikan jurulatih yang faham pemain sekali gus membantu meraih kemenangan untuk perlawanan seterusnya.

[caption id="attachment_440194" align="alignright" width="428"] Ketua Jurulatih sementara Red Giants Michael Feichtenbeiner memberikan tunjuk ajar strategi permainan pada 22 September 2020 kepada Skuad Selangor apabila bakal menentang UITM FC di Stadium UITM Shah Alam pada 26 September 2020. Foto: Facebook FA Selangor[/caption]

"Bagaimanapun, kita (Kerajaan Negeri) bersama-sama penyokong Merah Kuning akan terus setia selain meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap jurulatih baharu untuk menebus kekalahan ini," kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Beliau juga enggan melihat rentak permainan pasukan terus terjejas dan menggesa pemain kembali membentuk keyakinan untuk mengharungi cabaran berikutnya.

"Kekalahan pasukan Selangor dan Selangor II mempunyai sebab yang boleh diperbaiki, jadi kita berharap mereka dapat bangkit serta membuktikan keupayaan sebenar.

"Saya yakin pemain kita tahu di mana kelemahan dan kekurangan yang boleh mereka perbaiki untuk perlawanan seterusnya," katanya lagi.

Semalam, FAS mengesahkan penamatan kontrak serta-merta B Sathianathan selepas membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek prestasi semasa.

Tempat pengendali berpengalaman itu dipikul sementara oleh pengarah teknikal persatuan itu sehingga ketua jurulatih baharu diumum kelak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619