AGENDA

Pengarah teknikal FAS dilantik pengendali sementara Red Giants

21 Sep 2020, 8:54 AM
Pengarah teknikal FAS dilantik pengendali sementara Red Giants

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai pengendali sementara Red Giants susulan penamatan kontrak B Sathianathan.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAS hari ini.

"Setelah membuat penilaian dan mengambil kira kesemua aspek prestasi semasa, pihak pengurusan FA Selangor telah memutuskan untuk menamatkan kontrak B Sathianathan sebagai ketua jurulatih pasukan utama serta merta.

"Berikutan itu, tugas ketua jurulatih akan dipangku oleh Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner sehingga ketua jurulatih baharu diumumkan.

"FA Selangor ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B Sathianathan atas khidmat beliau membawa pasukan Selangor ke tempat ketiga dalam saingan Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu," katanya.

Pada Sabtu lalu skuad Selangor mengalami kekalahan besar 1-6 ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kini menduduki tempat ketujuh dengan 10 mata selepas lapan perlawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619